Life must be appreciated while we still breathing…..

Working Quality!


Damn it! I think my working quality is reducing these days. Also, my health quality also reducing. Always get the headache and caught a fever. No wonder my boss did not happy with me.

I have to improve myself. IMPROVE! IMPROVE!!!!!!

Arggghhhhh!!!!!!

Motivate myself!!!!!!!

4 Mac 2009


Bulan Mac ini agak menyedihkan bagi aku. Seorang yang aku panggil ayah setiap kali berjumpanya telah pergi ke rahmatullah menyahut seruan Ilahi.  Innalillahi Wainnailahirajiun… Berita menyedihkan ini aku terima dari Mak pada pukul 6.45 petang sewaktu aku sedang menyiapkan sedikit kerja.

Pada ketika itu, aku sedang memandu kereta dan perlahan-lahan aku berhentikannya…. Jantung aku berdegup semacam. Tak pernah aku rasa macam ini.

Aku agak terkilan kerana minggu sebelumnya aku tidak pulang ke kampung kerana agak kepenatan dan hajat aku hendak berehat di rumah sewa di hujung minggu sekali sekala. Paling terkilan apabila Mak memberitahu aku, ayah bertanya sebaik dia pulang dari masjid kenapa aku tak sampai lagi. Mak beritahu aku tak balik minggu ni. Nak siapkan kerja dan rehat-rehat di hujung minggu.

Sebaik mendengar berita itu, aku terus kemaskan segala barang. Aku tinggalkan sedikit nota pada laptop supaya rakan sekerja aku dapat menyiapkan kerja yang masih belum siap. Paling sukar bagi aku adalah esok mesyuarat penting. Tapi setelah mendengar nasihat dari Pengurus, aku balik dan kerja yang aku maksudkan tadi sudah pun 75% siap.

Pemanduan ke Kampung adalah paling perlahan pernah aku buat. Sambil itu aku terkenang peristiwa dahulu. Pahit dan Manis bersama ayah. Dari kecil hingga besar dipeliharanya aku ini. Aduh! sukar untuk aku gambarkan perasaan pada hari itu. Terlalu sedih. Namun mata masih dapat menahan kesedihan itu. Tidak aku benarkan air mengalir dari mata aku. Masih aku tak percaya ayah sudah pergi….

Sampai sahaja di rumah, aku lihat jasad ayah sudah terkujur di atas pembaringan. Sedih di hati semakin bertambah. Aku salam Mak. Aku sudah tak terkata lagi.

Terus sahaja aku ambil air wudhu’ dan solat Maghrib. Pada ketika itu, jiran-jiran dan rakan2 baik ayah sudah sampai. Kakak kepada ayah iaitu Mak Tua pun sampai. Tak lama lepas tu, Kak Yong, Kak Nyah, dan Abang pon sampai.

Surah Yasin dibacakan sebagai sedekah kepada arwah. Pada awal surah, aku masih bertahan. namun, di pertengahan aku tak dapat menahan sebak lagi. Aduh! Aduh! Ayah sudah pergi…

Petang itu, seperti biasa ayah pulang dari solat Asar. Ayah tak masuk ke rumah. Ayah terus memotong beberapa dahan pokok bunga di depan rumah. Sempat juga bergurau dengan Nenek… nenek selalu memerhatikan suasan di luar dari dalam ruang tamu. “Apa tengok2?” Gurau ayah! Begitulah gurauan ayah yang terakhir. Setelah habis memotong bunga tu, ayah masuk ke dalam kerata di tempat bahagian penumpang hadapan. Disandarkannya badan ke kerusi yang diturunkan sedikit.

Jiran2 yang singgah pelik Ayah duduk terlalu lama dalam kereta sehingga hampir pukul 6.30 masih tidak keluar dari situ. Semua menyangka ayah sedang mendengar radio ceramah agama petang. Mak hairan lalu memanggil ayah masuk, namun tiada jawapan. Tidur agaknya. Namun, sangkaan itu meleset. Kelihatan kuku dan jari sudah berwarna kebiruan. nadi pun sudah tiada. Cepat2 jiran2 menolong dan membawa ke hospital untuk pemeriksaan. Sampai di hospital, doktor mengesahkan bahawa ayah sudah meninggal dunia.

Semua urusan untuk pengkebumian esok hari sudah diuruskan oleh pengerusi khairat kematian. Keranda dan kain kapan sudah pun diuruskan. Seluruh keluarga diselubungi dengan kesedihan. Tapi apa kan daya, Allah lebih menyayanginya. Masanya sudah sampai, tiada siapa dapat menghalang.

Keesokan paginya, beberapa orang bertugas menyiapkan keranda,menyiapkan kain kapan. Alhamdulillah keadaan di kampung ini masih ada semangat gotong-royong. Syukur…. Lebih kurang pukul 10, jenazah dimandikan. Dan ini kali pertama aku bersama-sama dengan orang menguruskan mayat dan memandikannya. Sedih aku lihat jasad ayah diangkat dan dibaringkan di atas tempat memandikan jenazah. Sambil memandikan jenazah, mata aku dikaburi dengan air mata yang tidak mahu keluar. Sedih bila teringatkan sewaktu kecil aku dimandikan ayah…. Dan kini, aku pula memandikan ayah yang sudah meninggal dunia. Tuhan saja yang tahu akan perasaan aku ketika itu. Sebak dan tak terkata.

Sesudah dimandikan, jenazah dikapankan dan disembahyangkan. Siaplah satu bahagian pengurusan jenazah. Seterusnya jenazah dibawa ke perkuburan Pekan Rabu. Aku duduk di dalam van jenazah, menghadap ke belakang. Sayu melihat pandangan rumah semakin jauh. Rumah kelihatan semakin kecil pada pandangan mata.

Liang lahad sudah digali, maka jenazah dikebumikan. Talkin dibacakan. Tahlil dibacakan dan tangan ditadahkan. Selesailah sudah pengurusan jenazah ayah. Sedih masih ada pada perasaan aku. Teringat pada pesan ayah, seperti bergurau, “nanti bila ayah takde nanti padat2kan la tanah tu. Jangan bagi keluar balik.” Aku selalu marah bila mendenagr gurauan itu. Tapi hari ni, gurauannya itu sudah jadi kenyataan. Takdir menentukan segalanya. Qada’ dan Qadar perlu dipercayai yang merupakan salah satu rukun IMAN. Semoga Roh Ayah dicucuri rahmat. Amin.

Al-Fatihah untuk Ayah, Haji Amran Bin Abdul Aziz yang telah meninggal dunia pada 4 Mac 2009 bersamaan 7 rabiulawal 1430 Hijriah.

Kesusahan? Kesenangan? Kejayaan?


Dulu aku tak suka tengok rancangan bersamamu dalam tv3 tu. sebab aku tengok macam tak logik kesusahan mereka macam tu. aku rasa mereka boleh berusaha dengan lebih kuat lagi dan mampu mengubah nasib mereka sendiri. tambahan ayah aku pula cakap masa dulu keadaan lagi susah dan mereka masih mampu meruskan hidup tanpa mengeluh tentang kesusahan yang dihadapi.

aku mula berfikir semula. siapa aku? adakah aku orang yang bersyukur dengan keadaan yang ada sekarang. adakah aku berusaha untuk meningkatkan taraf hidup aku. setelah mula bekerja pada sebulan lalu, aku sedar aku masih banyak kekurangan.

Tapi sekarang aku mula berfikir semula. apa akan jadi sekiranya semua itu berlaku pada diri aku sendiri. mungkin aku akan menjadi lebih teruk dari mereka. malah mungkin aku adalah orang yang paling kuat merungut.

Kesusahan tidak harus dijadikan alasan untuk berjaya. janganlah terlalu tamak sehingga ingin menggapai bintang yang berkelipan. mulakan dengan sedikit dan sentiasa berusaha untuk menambah usaha…..hehehehhe

Sudah sebulan aku bekerja dalam lapangan kejuruteraan awam…. banyak pengalaman dan ilmu yang berjaya aku perolehi sepanjang sebulan ini.

pembelajaran selama 4 tahun dan ditambah setahun “extend” masih tidak dapat mengajar aku untuk berusaha dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh.

kata-kata pengurus projek amat mendalam menusuk pada aku…. dia tidak menghalakan pada aku tapi aku rasa aku adalah orang seperti itu. Kualiti seseorang graduan universiti boleh dilihat apabila dia mula bekerja. cara kerja yang berkualiti dapat dilihat dari cara seseorang yang mengendalikan tugas kerja yang diberikan. banya kelemahan aku rupanya….. aku rasa bertuah dan bernasib baik kerana aku berada di bawah seliaan seorang pengurus projek yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan ini khususnya kejuruteraan awam. beliau pernah mengendalikan koordinasi “Quality Assurance/Quality Control” bagi pembinaan menara KLCC di Kuala Lumpur dan banyak lagi projek Nasional dalam Malaysia.

Segala teguran dan nasihat sepanjang sebulan ini banyak aku catatkan dalam buku log. Itu semua pun atas nasihat dia supaya sentiasa mencatat dalam buku apa yang orang katakan dan berikan maklumat.

Genap sebulan dan aku masih dahagakan ilmu dan pengalaman dari tempat kerja ini. aku harus bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan ini. hanya aku yang mampu mengubah cara hidup aku… bukan orang lain. mulai saat ini aku mahu kerja dengan sistematik dan rajin.

Integriti perlu aku jaga sebagai seorang jurutera graduan dari USM. Nama USM juga harus aku jaga kerana aku memakai jaket USM sepanjang aku berkhidmat di tapak. nama aku juga terpampang pada jaket ini….dua nama harus aku jaga, nama sendiri dan nama USM….. imej aku juga perlu dijaga supaya nama yang harum dan dipercayai dibawa ke mana-mana sahaja aku bekerja.

Kesusahan bekerja perlu dijadikan tangga untuk lebih berjaya. perasaan malu untuk bertanya perlu dibuang untuk lebih berjaya…..

aku ingin lebih berjaya…….

Worst Convo?


Suddenly i was remembering my previous convocation on August 2008. Why i was remembering about the day…. I think it was a worst convo i ever attend. Not because the convo is suck….it is because what happen to me that is suckssss…. Firstly, my father and mother cannot attend the convocation day with me because they are not feeling well. Sad isn’t it? Your must beloved one, the moral support throughiut the years is absent on the garduation day. Looking at other people with their families and relatives. Wow! So legendary! Luckily i have some friends that celebrate my graduation day as i attend theirs durig my extended years. But, my best friend couldn’t make it because they have to attertain their families….. Damn! why am i so emotional like this…. hahahhaha! The second thing that sucks during the graduation day is I lost my mortar board….. right after the ceremony is over. i don’t know how i lost it. Maybe it just slip away from my hand without realizing it. Arrggghhhh!!! There goes my RM100 for that mortar board….. I don’t know why everything goes wrong during the convocation day. That is why my convocation photos is limited. Damn! I dont have the opportunity to take photographs with my complete graduation suit….. Just my suit! ARRGGGGGGGGGHHHHHHH!!!!!!!!!!!

Starting new career


5th November is the first day of my career as a civil engineer or specifically site engineer. The first day is making me a bit nervous because i never have been working before. Especially the real work…..

7.45am is the time I arrived at site office. So early….. On the first day i have to give good impression. Punctuality….

Apa status anda?


Raya….Cuti….Hmmm….. masa sebegini adalah masa untuk sesetengah orang yang sudah lama merancang untuk mengadakan sesuatu acara yang besar dalam hidup mereka. Sebagai contoh, bertunang…. bernikah…. bersanding…. Semua ini adalah langkah-langkah dan tatacara yang boleh kita ringkaskan sebagai BERKAHWIN…..

Huhhhh…(mengeluh) Kahwin…. Tak terfikir lagi. Kadang kala apabila melihat keadaan orang lain kita seakan takut untuk menghadapi masa hadapan dan seram untuk memikirkan sesuatu yang memerlukan komitmen yang tinggi. Oleh itu, apakah status anda sebelum memikirkan sesuatu yang kadang kala menggerunkan bagi sesetengah orang?

Masih Bujang? (Single)

Status ini kadang kala dianggap sebagai status yang bebas dan tidak perlu risaukan apa-apa. Tiada teman yang berlainan jantina yang serius lagi dan ada juga yang malas hendak memikirkannya. Kehidupan bujang boleh dikatakan lebih bebas dalam melakukan apa sahaja yang dimahukan. Tidak perlu memikirkan tentang orang lain yang disayangi melaiknkan ibubapa yang tercinta yang masih hidup. Lebih memikirkan kerjaya dan mengumpul wang untuk masa hadapan. Pada waktu ini, kita lebih memikirkan untuk menyimpan aset yan berguna untuk masa hadapan.

Namun begitu, ada juga yang berada dalam status ini merasakan terlalu terdesak untuk mempunyai teman dan ingin berpasangan seperti orang lain. Hal ini terjadi mungkin disebabkan semua kawan-kawan, sahabat handai sudah berpunya, sudah berkahwin….Oh! Tidak! Pada masa itu, anda mungkin akan bertanya pada diri sendiri, “Aku ni bila lagi? Argghhhhh!!!” dan pada masa itu mungkin anda tertekan melihat diri sendiri. Apatah lagi “member-member” yang dahulu sering bersantai bersama menonton perlawanan bola sepak bersama di kedai mamak atau nasi kandar sudah tidak dapat bersama anda untuk “lepak sama2″.

Keadaan akan menjaid lebih teruk apabila rumah sewa anda semakin lama ahlinya berkurangan disebabkan semua sudah bertukar statusnya. Yang tinggal hanya anda seorang dan anda seorang sahaja yang akan membayar sewa rumah itu. Begitu juga ketika anda menghubungi mereka untuk keluar minum tengah malam.

Orang Bujang: Mat! Jom keluar minum.

Orang Dah berkahwin: Alamak! Maaf la kawan. Aku sibuk nie. Engkau tau la kan, faham2 la sendiri.

Orang Bujang: (Hampa)…. mmmm…Ok la takpe.

Pada hal, sebelum Orang Dah Berkahwin itu berkahwin, dia yang selalu memaksa dan mengajak Orang Bujang menemaninya keluar malam2 buta.

Tapi, anda jangan berasa tertekan dengan keadaan sedemikian. Bawa bersabar. Mungkin masa anda belum tiba lagi. Anda masih ada masa untuk menikmati kehidupan bujang yang agak bebas dan sesuka hati ini. Mungkin anda perlu kenal dengan ramai orang,terutamanya gadis sebelum anda jumpa Cik Betul anda (Miss Right).

Anda harus ingat bahawa anda mungkin ada ramai lagi rakan-rakan lain yang boleh diajak keluar. Anda juga masih ada keluarga, ayah dan ibu yang masih hidup, adik beradik. Pastikan anda sentiasa menjaga hubungan baik anda dengan keluarga. Jika tidak pasti anda akan kesunyian juga akhirnya.

Ada Hubungan Khusus (In a relationship)

Status ini mungkin ramai juga yang berada di dalam kelompok ini. Ini bermakna anda sudah berada di tahap yang lebih maju. Dalam erti kata lain anda sudah setapak di hadapan. TIdak seperti dahulu masih dalam keadaan keseorangan dan kesunyian. Nak tahu macam mana rasanya dalam kelompok orang yang ada hubungan khusus ini?

1. pagi-pagi lagi sudah ada orang gerakkan atau anda yang menggerakkan si dia dari tidur yang lena. Kalau tak kejutkan tidur pun, ada ucapan selamat pagi beserta senyuman dalam bentuk teks….(smileys). Contohnya:

>>>Selamat pagi….. :-)

>>>Good morning….:-*

2. Telefon anda akan sering berfungsi. Sikit-sikit…Truuutt….truutt… Mana taknya. Sejam sekali ada yang bertanya khabar. Sihat ke? Dah makan? Hari ni nak makan apa?

3. Suara dalam telefon pun semut jer boleh dengar. Tak boleh dengar apa2 dah. Power betul. ada ilmu telepati ke?

4. Selalu keluar bersama. Jalan2…Tengok wayang, dan bukan buat wayang ok!

5. Bila harijadi, sambut bersama. Orang yang pertama ucapkan selamat hari jadi mesti yang teristimewa.

6. semua lagu jiwang serasi dengan jiwa yang dulunya layan lagu rock dan metal sahaja. tangkap lentok!

Rumit! (It’s Complicated)

Wooooo! Banyak penjelasan untuk status rumit ni. Namanya pun rumit. APa sebenarnya berlaku? Ada banyak kemungkinan sekiranya anda berada dalam keadaan sebegini. APakah kemungkinan yang dapat dijelaskan….? Rumit2…

1. Mungkin anda sedang bergaduh dengan teman anda. Tahu sahajalah bila bergaduh, semuanya tak kena. Tengok muka pun rasa menyampah, meluat, benci, tak suka, rasa nak muntah. Dengar nama pun rasa loya dan marah. Pada masa ini seluruh badan dikuasai emosi. Bergaduh la katakan. Call pun jangan harap la nak jawab. Sampai habis bateri telefon bimbit tu pun Tak angkat. PANAS HATI la katakan. Dan apabila anda masuk ke dalam laman web anda, anda mungkin akan menukar status laman web hubungan peribadi anda dengan status rumit…. :p

2. Rumit mungkin kerana anda sedang berkawan dengan terlalu ramai orang yang sukakan anda. Rasa bersalah. Nak diluah takut rugi, nak ditelan perit dan pahit. Nak buang yang ini, baik sangat. Nak ambil yang sini, yang sana macam mana pula. Runsing….

3. Hubungan retak menanti belah. Dalam hal-hal retak ni boleh rujuk buku konkrit 1st year kejuruteraan awam. Hahahahha! main2 jer. Dah asyik bergaduh jer, macam mana nak jernih hubungan. Sikit2 gaduh. Baru bercakap 5 minit dah ada yang tak kena. Asyik terasa. Dalam hal ini, fikirkan balik betul ke anda mahukan teman anda tu. kenapa asyik nak marah jer. Kenapa asyik tuduh dia dah ada orang lain la, tuduh dia dah tak sayang la, dah tak suka la? Kenapa? Kalau masih sayang, cakap dan bawa berbincang. Kalau perbincangan tak membawa kata sepakat dan penyelesaian, senang jer. Tapi tak la senang macam yang diucapkan. Berpisah…Opsssss! Kalu boleh elakkan ye…!

4. Cinta 3 segi? Ataupun bersegi-segi. Sama ada anda pasang lain atau yang sebelah lagi pasang banyak. Ishhh! Mampu ke? Dalam hal nie mungkin ada yang berpengangan bahawa…”Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang!” atau pun pandai makan pandai simpan…. Itulah realitinya. Macam dalam lagu satu kumpulan tu, Buronan Cinta… Jaga2…takut yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong berciciran…. Fikir-fikirkan…. Lu pikir la sendiri…!

5. Suami orang? Bini orang? Ewww! Malas nak cerita! Skandalisme!!!!

Bertunang (Engaged)

Wow! Ini semakin maju dah ni. Bertunang. Selangkah ke alam perkahwinan. Mula la memuat naik gambar ke dalam Friendster.com atau pun Myspace.com. Dan terbaru kini facebook.com… Masa tu ramai la yang kecewa. Dah terikat dah orang yang nak di’tekel’…. Dalam fikiran jahat hati berbisik. “ala…. baru bertunang! belum kahwin lagi. Masih ada peluang. Hahahahhaha! (gelak jahat)” tapi itu dalam keadaan hati jahat la.

Hubungan dengan tunang dalam keadaan agak terjamin. Namun duagaan bertunang sangat berat. Tu sebab ramai yang bertunang dalam masa yang singkat jer. ada yang bertunang sejam jer, dah kahwin.

Kenapa susaH? Ye la…. Dah bertunang tu, awak tu pakai cincin tunang. Sedar la diri. Jangan nak menggatal dah. bertepuk tampar dengan lelaki atau perempuan tak boleh sesuka hati dah. Nak menggatal lagi? Tengok jari tangan tu dulu. Nak mengkhianat ke? Lu pikirla sendiri….

Nak bergaduh? Gaduh-gaduh jugak, kena baik cepat. Jangan gaduh besar2… nanti…..faham2 la ye… Nanti tak jadi lak….Ah! malas la nak cakap. Yang dah bertunang tu jaga la diri baik2. Anda tu bakal mendirikan masjid dengan anak orang lain. Dua keluarga bakal bersatu. Jangan sampai dua keluarga bermusuhan sebab anda yang terlupa status anda. Jaga2 sebab orang memerhatikan anda. Orang kampung kat kampung. Orang kampung terserempak kat bandar ke…kat KL ke… Jangan sampai dengan orang lain dah la…Berita sekarang tersebar cepat. MMS…SMS…Internet…3GP…CCTV….Tak payah pikirla beb!

Berkahwin (Married)

WOw! Dah kahwin….? Tahniah la diucapkan. Percintaan selama beberapa tahun dan beberapa bulan berakhir dengan perkahwinan. Mungkin itulah yang anda inginkan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Semoga keindahan percintaan itu berkekalan hingga ke akhirnya. Jangan sekerat jalan.

Cakap la…Janji tak marah punya…


Pernah tak anda atau rakan anda atau kekasih anda mahukan sesuatu yang jujur dari anda. Misalnya pendapat ikhlas atau nasihat mahupun perkara yang sebenar yang harus diketahui. Namun begitu kita keberatan untuk memberitahunya. Kerana jika kita keluarkan pendapat dan kata-kata itu akan menyinggung perasaan orang yang bakal mendengarnya. Tapi dia tetap berkata,”Tak Marah! Janji!” Akan tetapi, setelah kita katakan hal yang sebenar, pendapat ikhlas, kata-kata dari hati, orang itu akan terasa hati dan merajuk, dan seterusnya marah. Awal-awal tadi cakap tak nak marah, tapi kesudahannya dia pula yang marah tak habis-habis. Yang kawan mungkin putus kawan, yang kekasih pula mungkin bergaduh dan mungkin berakhir dengan PUTUS juga. Contohnya:

Situasi

“Ala…Cayang! Bagi tau la kat I. Apa pendapat you tentang bla bla bla bla…. I janji I takkan marah! Cakap la! Cakap!!!!”

“Ye la! kalau macam tu i bagi tau la kat you! Sebenarnya kan…. Bla bla bla bla bla………….”

Reaksi pendengar yang nak dengar sangat tadi….

“Sampai hati you! Rupanya selama nie you pura2 la bla bla bla…. I terasa tau….Waaaaa!!!(nangis)…… Benci you! “

Cuba tuan2 dan puan2 fikirkan sendiri…. Kan bagus kalau tak bagi tau tadi…dah marah pulak bila bagi tau hal sebenar.

Ko Pikir la Sendiri !!!!

Dalam situasi tertentu kita harus bijak untuk membuat keputusan untuk memberitahu apa yang patut diberitahu dan apa yang sebaliknya. Kalau dah tau apa akibatnya kalau kita beritahu, lebih baik jangan beritahu. Kalau kita rasa OK jer…bagi tahulah….

Quote Again….


From Kung Fu Panda….

Master Oogway, the old turtle says….

Yesterday is a History,

Tomorrow is Mystery,

But Today is A Gift….

Let us think about it….

History of awesomeness….

mystery of awesomeness….

and the gift of awesomeness….

YA-HA!!!!!

Awesomeness Code!!!


Just a quote from How I met Your Mother drama series…..

From barney Stinson….

“When I Sad I stop being sad, and being awesome instead. True Story”

Preparation For Convocation


At last…! the day for my graduation is coming soon…. So, i have to come to the USM Main Campus to pick up my academic uniform, mortar board, and other stuff needed for the big day… big for me, but maybe it is just a small matter coz they have gone through it before. i don’t care what other people thinks about it…. it is my big day… it’s gonna be legend…..but wait for it………dary….yeah…legendary…

meeting other friends during the convocation…..the regular questions and answers can be heard….
Q: Hye! How are you?
A: Fine, thanks…. At last we are graduate my friends…
Q:What are you doing now?
A:I am working at blah blah blah….(with confident and proud)
A: mmmmmm….i am still……you know…….still searching for job…still haven’t got one. still no interviews….(this answers is told by people who still haven’t secure a job yet, you know what i mean….)

New gossips also become one of the topics involved in conversation. New couple, new break up, getting engaged? Damn! Married? Oh, my God!

There is a group of graduates who did not  complete their studies in time. To keep it short the student who extended their studies.from 4 years to 5 year or maybe more….hehehehhe…. i am in this kind of group. embarrassed actually. but who cares…..when these group get together, the feeling for this graduation day is really meaningful for us. More than other people who graduate in time….

So, the stuff for the convocation is already completed. Suits, shiny black shoes, ties, belts…. CHECKED…..! I am ready for convocation….. Dewan Tuanku Syed Putra….!!!! Here i come…!!!! YA-HA!!!!